komedi
Pak Pandir dan Wartawan
Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang
menarik ni pandir.
Pak Pandir pun kata..tengok ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.
Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...
5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...
dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....
dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.
Pak Pandir dan Ikan Keli
Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh
Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...
Mak Andih : Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni?
hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih : Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan
tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi
mampos la tu.
Mak Andih: ???
kisah ayah dan tiga org anaknya
Seorang bapa yang baru
pulang dari menjalani kursus diluar negara selama 1 tahun pulang kerumah.Dia memanggil 3 orang anaknya untuk bertanyakan
apakah yang telah anak2nya lakukan sepanjang
ketiadaan beliau... Jika perbuatan baik.. ayahnya akan
menghadiahkan wang RM 100 tapi jika perbuatan
yang tidak baik.. ayahnya akan merotan sebanyak 10 kali...
Anak 1 : "Ayah.. saya telah membunuh seorang kawan yang telah mengganggu awek saya.. tapi saya benar2 insaf sekarang...
kalau ayah maafkan saya.. saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi"
Ayah : "Baiklah, nampaknya kamu benar-benar insaf.. Ayah maafkan kamu...!"
Anak 2 : "Sepanjang ketiadaan ayah.. Saya telah mencuri sebanyak 10 kali di kedai mak timah.. tapi sekarang saya
benar2 menyesal..dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.."
Ayah : "Baguslah.. kamu juga nampaknya menyesal... ayah maafkan kamu...!"
Anak 3 : "Saya tidak pernah melakukan apa2 kesalahan...
sepanjang ketiadaan ayah.. saya sangat rindukan ayah... setiap masa saya menyebut nama ayah... tak kira
siang malam.. pagi petang... saya sayang kan ayah.."
Ayah : "Oh.. jadi kamulah yang selalu menyebut2 nama ayah tak kira masa itu? sampai ayah tak boleh tidur..
jadi... kamu telah melakukan kesalahan besar dan mari kesini...ayah nak rotan!"
perkahwinan kerabat
Khairul adalah murid
darjah satu disebuah sekolah rendah....
Dia mempunyai seorang kawan perempuan disekolahnya yang bernamaTengku Nazira..
Tengku Nazira seorang yang sangat cantik dan menawan... walaupun masih kecil... secara tidak disengajakan Khairul telah
jatuh cinta pada Tengku Nazirah...
Lalu dia meluahkan perasaannya kepada Tengku Nazirah..
"Naz... sebenarnya saya cinta padamu... tapi sayang kita masih terlalu kecil... bolehkan bila kita sudah dewasa nanti..
kita berkahwin...?"
Dengan wajah yang malu... Tengku Nazira menjawab..
"Khairul.. bukannya saya tak sudi... Tapi dalam keluarga kami..kami hanya berkahwin sesama kerabat sahaja..... Atuk
berkahwin dengan nenek... Bapak sedara berkahwin dengan emak sedara.. dan bahkan papa berkahwin dengan mama.... sedangkan
awak bukan kerabat saya Khairul...."
iklan kerja
Di sebuah surat kabar terdapat iklan
kerja kosong yang tertulis seperti berikut :
Peluang Pekerjaan..
- Anda lulusan Universiti / Kolej?
- Anda punya Kemahiran?
- Pernah mengikuti kursus komputer?
- Mahir berbahasa Ingeris?
- Tapi Masih menggangur?
CARI KERJA LA!
senangnya bahasa inggeris
Seorang anak baru habis menuntut di luar negera diuji oleh ayahnya yang sebenarnya tidak tahu berbahasa ingeris sedikitpun,
untuk mengetahui sejauh mana kemampuannya anaknya berbahasa ingeris
Ayah : "Buku dalam BI.. apa?"
Anak : "De buk" (the Book)
Ayah : "Pena dalam BI..apa?"
Anak : "De pen" (The Pen)
Lalu ayahnya berfikir bahawa BI adalah senang.. setiap benda dalam BM bila diterjemah ke BI mesti ada
'De' dan perkataan berikutnya dipendekkan...
Lalu ayahnya menemui rakannya dikedai kopi..
Si Ayah : "Aku boleh berbahasa BI"
Rakan : "Ok.. cuba cakap dalam BI...'Kambing makan rumput'
Si Ayah : "De kam de mak de rum"
Terima Kasih & Salam Sejahtera,
|