FIRMAN Allah SWT bermaksud: "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia
dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada seseorang yang sombong
lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu sewaktu berjalan dan rendahkanlah suaramu (sewaktu berkata-kata), sesungguhnya
seburuk-buruk suara ialah suara keldai." ? (Surah Lukman, ayat 18-19.
Dua ayat itu adalah tujuh ayat yang menjadi isi nasihat Lukman al-Hakim kepada anaknya yang dicatat Allah
di dalam al-Quran atas nama Surah Lukman. Ia secara langsung berkaitan dengan aspek akhlak sebagai teras dan asas utama bagi
pembangunan Islam secara keseluruhannya. Malah, akhlak adalah misi utama diutus Rasul ke alam dunia ini.